Thursday, May 28, 2009

Adakah memakan buah-buahan itu "menggemukkan?"



Adakah memakan buah-buahan ini menggemukkan badan korang? Aku rasa jarang2 org akan tanya soalan ni. Ramai org menganggap bahawa buah-buahan ini satu 'jalan selamat' untuk makan secara banyak. Jika inilah anggapannya rasanya diorg sudah buat silap besar sebab buah-buahan ini walaupun bagus dari segi kandungan serat dan zat mineralnya tetapi buah-buahan terutamanya yg manis tetap mengandungi kandungan gula ringkas terutamanya fructose yg mana jika dimakan secara berlebihan akan menyebabkan masalah kegemukan. Fructose dalam buah-buahan ini akan menaikkan paras insulin dlm badan dan seterusnya akan memperlahankan fungsi pembakaran lemak dalam badan. Ianya juga membekalkan jumlah kalori yg tinggi dan ini akan membuatkan kolori yg ada dalam badan itu seterusnya akan tersimpan sebagai lemak..

Jadi perlu diingatkan di sini bahawa buah-buahan itu mmg bagus utk dimakan tapi makanlah dalam jumlah yg berpada-pada..

1 comment:

  1. Eleh..ni dpt idea dari pengalaman isteri sendiri laa ni? huhu..

    Dah suka buah-buahan nak wat camne?

    ReplyDelete