Monday, July 13, 2009

Rahsia Membina Otot dengan Cepat!




Did i get your attention? hahaha..Memang semua orang nak besarkan otot, dari mencari2 formula workout yang paling berkesan, supplement yang terbagus, hingga lah racun yang terbagus untuk membesarkan muscle. Cuba nak mencari magic formula, magic supplement dan jugak magic drugs untuk mempercepatkan pertumbuhan muscle. Kalau boleh kita nak besar hari ni jugak! Sorry guys..tak ada magic magic semua ni...semuanya DISIPLIN, DEDIKASI dan PASSION. Aku bukan nak cerita pasal latihan terbagus, supplement terbaik, atau racun terbaik(?). Itu semua cerita lama. Ni aku nak cerita benda2 yang korang lepas pandang yang korang tak terpikir pun boleh contribute untuk membesarkan muscle korang.


1) Korang mesti hendak berubah! Ada perbezaan, antara hanya minat, dan jugak actually doing it. Buang semua alasan alasan, 'aku penat, makan tak cukup, tak de protein, gym jauh' dan macam macam lagi. Korang mesti buat, bukan berkehendak sahaja.


2) Lepak dengan orang yang sama matlamat dengan kita. Kalau korang merokok, dan nak berenti merokok, korang nak duduk dengan kawan2 yang masih lagi merokok, atau nak lepak dengan kawan2 yang berenti atau tak merokok? Mana lebih senang nak berenti? Sama macam korang yang selalu pergi gym. KAlau korang lepak dengan orang yang TAK pergi gym, korang akan start ponteng, mula rasa tak ada motivasi, malas, sebab tak ada orang yang nak push korang nak ke gym. Kene kutuk lagi adala. Apa la pergi gym, jalan pun dah macam kingkong. Korang kene lepak dngan orang2 yang sama2 pegi gym, supaya boleh train skali, dan korang rasa malu kalau ponteng. Bukan maksud aku korang terus tinggalkan kawan2 yang tak pergi gym, tapi kalau boleh kurangkan lepak, sebab diorang tak tahu komitment kita nak jadi bodybuilder ni. Bagi diorang, ia adalah asing.


3) Train dengan orang yang lagi berpengalaman, kuat dari kita. Bila kita train dengan orang yang lagi berpengalaman(otai), kita macam berguru dengan dia. Banyak ilmu2 yang korang dapat yang tak ada dalam buku excersice, sebab pengalaman dia banyak. Kalau dapat otai yang ada dua2 lagi bagus, pengalaman dan jugak fakta. Sama jugak dengan orang yang lagi kuat dari kita. Kita akan rasa tercabar nak catchup dengan partner kita so korang akan menjadi lagi kuat dengan secara tak sedar.


4) Gym Lah, memang la, nak besar mesti lah pegi gym kan. Tak kira la gym commercial ke, gym rakyat ke, home gym ke. NO! Kalau korang betul2 nak jadi kuat, dan membesar bagai johan(iklan milo) korang kene pilih gym yang kondusif untuk menjadikan korang besar dan kuat. Kalau gym korang, penuh dengan orang2 tua, makcik2, banyak beginners, yang anggap angkat 20 kg tu dah kira berat gila, macam mana korang motivated untuk jadi kuat? Kalau gym korang ada ramai bodybuilder, yang selalu angkat insane amount of weight, korang akan rasa motivated untuk angkat macam diaorang. Akan rasa semangat. Equipment jugak memainkan peranan yang penting. Kalau machine tak cukup, weight tak cukup, macam mana korang nak buat resistance overload? Memang boleh tambah reps, tapi tak sama dengan tambah berat. Contoh gym aku dulu di sri gombak. Dumbell paling berat 50 lbs. bagi aku itu dah kira berat gila. Bila dapat angkat, rasa bangga sungguh.dan dengan weight tu la aku angkat sampai setahun. Bila aku masuk kerja Sweat club (sekarang ni California Fitness) Aku tengok dumbell paling berat 125lbs! Dan budak2 trainer yang keje situ selamba jer angkat 80-90lbs dumbell bench press! Dari situ aku berjanji aku nak train sampai aku boleh angkat 125lbs tu buat bench press. Within 1 year, aku boleh. So, sekarang ni equipment tak cukup dan jugak berat tak cukup, boleh jugak menjadi faktor membataskan pembesaran korang.


5) KOrang mesti meletakkan matlamat yang specific. Matlamat mesti specifik dan jugak mesti ada deadline. Tak kira la nakkuruskan badan nak kawin ke, nak pergi pantai ke, nak masuk marathon ke, aper saja, mesti ada end date. Matlamat yang tak specific, selalunya tak menjadi sebab tak ada end date. Aku nak lose weight tahun ni. Bila? Esok? minggu depan? Matlamat yang bagus, mesti ada objektif, jangkamasa dan jugak sebab. Contoh, mulai 1 hb August ni aku nak turun kan pinggang aku dari 38 inci kepada 30 inci untuk hari perkahwinan aku pada 1 hb November ni. Itu baru matlamat!


* kredit kpd Pacat dr Binabadan Forumer

Thursday, May 28, 2009

Adakah memakan buah-buahan itu "menggemukkan?"



Adakah memakan buah-buahan ini menggemukkan badan korang? Aku rasa jarang2 org akan tanya soalan ni. Ramai org menganggap bahawa buah-buahan ini satu 'jalan selamat' untuk makan secara banyak. Jika inilah anggapannya rasanya diorg sudah buat silap besar sebab buah-buahan ini walaupun bagus dari segi kandungan serat dan zat mineralnya tetapi buah-buahan terutamanya yg manis tetap mengandungi kandungan gula ringkas terutamanya fructose yg mana jika dimakan secara berlebihan akan menyebabkan masalah kegemukan. Fructose dalam buah-buahan ini akan menaikkan paras insulin dlm badan dan seterusnya akan memperlahankan fungsi pembakaran lemak dalam badan. Ianya juga membekalkan jumlah kalori yg tinggi dan ini akan membuatkan kolori yg ada dalam badan itu seterusnya akan tersimpan sebagai lemak..

Jadi perlu diingatkan di sini bahawa buah-buahan itu mmg bagus utk dimakan tapi makanlah dalam jumlah yg berpada-pada..

Tuesday, March 3, 2009

Musuh Yang Paling Utama..


Agak lama jugak masa yg aku ambil untuk menulis artikel yg satu ini.. Sesungguhnya mudah bagi aku utk menulis terus tentang pemakanan dan latihan tetapi agak susah utk aku memotivasikan org sebab aku mmg takde kepakaran dalam bidang itu...akan tetapi itu lah..tanpa semangat dan azam yg kuat, semuanya akan menjadi sia2 dan membuang masa.

Mungkin ada di kalangan korang pernah mengalami situasi dimana korang membeli barangan2 senaman utk kegunaan dirumah.. sekarang apa dah jadi dengan barang2 tersebut? Apakah ianya masih digunakan atau diletakkan di suatu sudut terpencil dengan habuk dan sarang labah2?

Korang juga mungkin pernah amalkan sesuatu diet (pasal diet ni, kita akan bincangkan kemudian) tetapi apakah terjadi dengan diet tersebut? Adakah ianya diteruskan atau pun korang kembali dengan tabiat pemakanan yg asal setelah matlamat korang dah tercapai atau tak tercapai?
Jika korang terperasan atau mungkin korang dah tahu, jika kita join mana2 program fitness atau senaman, perkara yg paling dititikberatkan dulu ialah motivasi.. Malah kita dalam melakukan apa2 pekerjaan sekali pun , jika tanpa semangat dan azam yg jitu, kita tak akan ke mana-mana.

Jadi, dalam kita nak memotivasikan diri ni, ada byk cara dan dalam byk2 cara itu tentu ada satu cara yg sesuai dengan kita..Tanyalah kepada diri sendiri apakah kita berpuas hati dengan keadaan kita sekarang.. Jika jawapannya 'ya' maka teruskanlah tetapi jika jawapannya 'tidak' maka kita perlu membuat sesuatu utk berubah..

Motivasi perlu ada pada diri setiap seseorg dalam melakukan apa jua pekerjaan.. Sejarah telah membuktikan bahawa kemenangan dalam sesuatu peperangan itu bukanlah terletak pada senjata atau peralatan canggih tetapi terletak kepada kesetiaan, kebijaksanaan dan semangat tentera2nya.. jadi itulah halnya juga dalam kita memotivasikan diri kita utk berjaya.. kita perlu setia, bijak dan bersemangat..

Akhir kata "Tepuk dada tanya selera". Berbanyaklah bermuhasabah kerana musuh yg paling utama itu sebenarnya ada dalam diri kita sendiri..

Thursday, February 19, 2009

Dan Segalanya Bermula..

Sudah lama aku ingin membuat sebuat blog yg bertemakan kecergasan dalam bahasa ibunda ini. InsyaAllah dalam blog ini akan aku turunkan segala yg termampu dan apa yg aku tahu berdasarkan pengalaman aku selama beberapa tahun dalam bidang ini.
Aku bukanlah seorang profesional dan aku tak pernah menjalani apa2 kursus mengenai fitness sebelum ini tapi apa yg aku akan turunkan dalam blog ini nanti adalah merupakan cebisan2 pengalaman aku sendiri dan juga dari apa yg pernah aku baca. Semoga ianya dapat memberi panduan dan bimbingan kepada sesiapa yg memerlukannya. InsyaAllah aku akan cuba menyampaikannya dalam bahasa mudah difahami dan santai..

Disamping itu juga aku mengharapkan maklumbalas yg membina dari pembaca semua.