Tuesday, March 3, 2009

Musuh Yang Paling Utama..


Agak lama jugak masa yg aku ambil untuk menulis artikel yg satu ini.. Sesungguhnya mudah bagi aku utk menulis terus tentang pemakanan dan latihan tetapi agak susah utk aku memotivasikan org sebab aku mmg takde kepakaran dalam bidang itu...akan tetapi itu lah..tanpa semangat dan azam yg kuat, semuanya akan menjadi sia2 dan membuang masa.

Mungkin ada di kalangan korang pernah mengalami situasi dimana korang membeli barangan2 senaman utk kegunaan dirumah.. sekarang apa dah jadi dengan barang2 tersebut? Apakah ianya masih digunakan atau diletakkan di suatu sudut terpencil dengan habuk dan sarang labah2?

Korang juga mungkin pernah amalkan sesuatu diet (pasal diet ni, kita akan bincangkan kemudian) tetapi apakah terjadi dengan diet tersebut? Adakah ianya diteruskan atau pun korang kembali dengan tabiat pemakanan yg asal setelah matlamat korang dah tercapai atau tak tercapai?
Jika korang terperasan atau mungkin korang dah tahu, jika kita join mana2 program fitness atau senaman, perkara yg paling dititikberatkan dulu ialah motivasi.. Malah kita dalam melakukan apa2 pekerjaan sekali pun , jika tanpa semangat dan azam yg jitu, kita tak akan ke mana-mana.

Jadi, dalam kita nak memotivasikan diri ni, ada byk cara dan dalam byk2 cara itu tentu ada satu cara yg sesuai dengan kita..Tanyalah kepada diri sendiri apakah kita berpuas hati dengan keadaan kita sekarang.. Jika jawapannya 'ya' maka teruskanlah tetapi jika jawapannya 'tidak' maka kita perlu membuat sesuatu utk berubah..

Motivasi perlu ada pada diri setiap seseorg dalam melakukan apa jua pekerjaan.. Sejarah telah membuktikan bahawa kemenangan dalam sesuatu peperangan itu bukanlah terletak pada senjata atau peralatan canggih tetapi terletak kepada kesetiaan, kebijaksanaan dan semangat tentera2nya.. jadi itulah halnya juga dalam kita memotivasikan diri kita utk berjaya.. kita perlu setia, bijak dan bersemangat..

Akhir kata "Tepuk dada tanya selera". Berbanyaklah bermuhasabah kerana musuh yg paling utama itu sebenarnya ada dalam diri kita sendiri..

No comments:

Post a Comment